Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IMAM MENINGGAL DUNIA SELEPAS SAMPAIKAN KHUTBAH JUMAAT

DALAM NEGARA

IMAM MENINGGAL DUNIA SELEPAS SAMPAIKAN KHUTBAH JUMAAT

Imam Tua Masjid Mahmudi Kedai Melor, di Kota Bharu, meninggal dunia selepas menyampaikan khutbah serta mengimamkan solat Jumaat, petang tadi.

KOTA BHARU: Imam Tua Masjid Mahmudi Kedai Melor, di sini, meninggal dunia selepas menyampaikan khutbah serta mengimamkan solat Jumaat, petang tadi.

Allahyarham Mohd Zamai @ Suhaimi Ibrahim, 73, dilaporkan rebah selepas selesai memberi salam pada tahiyat akhir dalam solat sunatnya.

Penghulu Mukim Padang Raja Fadli Shah Ismail berkata, arwah sempat menyampaikan khutbah Jumaat bertemakan Kemerdekaan dan mengimamkan solat Jumaat di masjid tersebut.

Setelah selesai mengimamkan solat Jumaat, arwah kemudian menunaikan solat sunat sebelum rebah ke kiri badan selepas memberi salam pada tahiyat akhir kira-kira jam 2 petang.

“Makmum yang berada di masjid pada ketika itu segera menghubungi ambulans dan membantu arwah sebelum pegawai perubatan tiba.

“Bagaimanapun, pegawai perubatan daripada Klinik Mahligai Melor mengesahkan arwah sudah meninggal dunia,” katanya.

Katanya jenazah Allahyarham dihantar ke rumahnya yang terletak di belakang Klinik Mahligai Melor dengan menaiki van jenazah milik masjid tersebut.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahligai selepas solat Isyak, tambahnya lagi.

Difahamkan Mohd Zamai sudah berkhidmat lebih 20 tahun sebagai imam tua di masjid tersebut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading