Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IMARAHKAN RAMADAN DENGAN KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH SWT

DALAM NEGARA

IMARAHKAN RAMADAN DENGAN KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH SWT

KUALA LUMPUR: Esok umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa sempena kehadiran bulan Ramadan bagi 1445 Hijrah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyeru semua pendakwah-pendakwah bertauliah di negara ini agar sama-sama mewarnai kesucian bulan Ramadan dengan mengajak lebih ramai umat Islam bersama beribadah di rumah Allah SWT. – Foto / Bernama

KUALA LUMPUR: Esok umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa sempena kehadiran bulan Ramadan bagi 1445 Hijrah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata bulan yang suci lagi mulia ini hendaklah diimarahkan umat Islam dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

“Marilah bersama-sama kita mengimarahkan bulan Ramadan dengan ibadat puasa, qiyam, solat tarawih, doa, zikir, Tadarus Al Quran, sedekah dan infaq dalam memperkukuhkan iman dan takwa serta meraih keampunan Allah SWT.

“Saya juga ingin menyeru umat Islam agar melipat gandakan doa, Solat Hajat dan bacaan Qunut Nazilah bagi saudara seagama kita di Palestin agar mereka bebas dari cengkaman rejim Zionis Israel yang kini telah membunuh lebih 30,000 nyawa dan mencederakan lebih 72,000 umat Islam di Gaza,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru semua pendakwah-pendakwah bertauliah di negara ini agar sama-sama mewarnai kesucian bulan Ramadan dengan mengajak lebih ramai umat Islam bersama beribadah di rumah Allah SWT.

Majlis-majlis ilmu dan agama yang diadakan sepanjang bulan yang mulia ini katanya mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama Islam Negeri.

“Bulan Ramadan juga menjadi bulan bagi rata-rata rakyat mendapatkan rezeki yang lebih berniaga di bazar-bazar Ramadan seluruh negara. Ingin saya ingatkan juga, agar umat Islam sentiasa bersederhana dan mengelakkan pembaziran makanan sewaktu berbuka puasa nanti,”

“Sesungguhnya, ibadat puasa itu melatih diri untuk taat, sabar dan bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah SWT,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading