Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JKNK SASAR SIFAR KES KERACUNAN MAKANAN SEPANJANG RAMADAN

DALAM NEGARA

JKNK SASAR SIFAR KES KERACUNAN MAKANAN SEPANJANG RAMADAN

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) berharap dapat mengekalkan rekod sifar keracunan makanan di bazar Ramadan tahun ini.

Gambar hiasan. – Bernama

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) berharap dapat mengekalkan rekod sifar keracunan makanan di bazar Ramadan tahun ini.

Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin berkata tiada sebarang kes keracunan makanan dilaporkan di bazar melibatkan pengguna tahun lepas, malah tahap kebersihan premis juga mencatatkan 96.2 peratus.

“Majoriti peniaga yang terlibat (tahun ini) ialah orang yang sama pada 2023, jadi mereka sudah tahu mengenai peraturan yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya menerusi program Tanggungjawab Korporat Sosial Semarak Ramadan 2024 di sini hari ini.

Dr Zaini berkata sebanyak 180 petugas JKNK akan membuat pemantauan dan pemeriksaan melibatkan 66 bazar Ramadan di seluruh negeri agar tidak berlaku sebarang pelanggaran peraturan termasuk kebersihan, selain mengambil sampel makanan yang didapati tercemar.

Dalam pada itu, beliau menasihati masyarakat supaya mengelakkan terdedah terlalu lama di kawasan terbuka dan panas seperti bazar Ramadan memandangkan cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dan menggunakan payung atau topi sebagai pelindung diri bagi mengelakkan terkena strok haba. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading