Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISMANIRA DIDAPATI BERSALAH ABAI ZAYN RAYYAN

DALAM NEGARA

ISMANIRA DIDAPATI BERSALAH ABAI ZAYN RAYYAN

 Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kerana mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu hingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, dua tahun lepas.

Sumber Gambar: BERNAMA

PETALING JAYA: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu hingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, dua tahun lepas.

ARTIKEL BERKAITAN – ABAI ZAYN RAYYAN, ISMANIRA DIPENJARA LIMA TAHUN

Hakim Dr Syahliza Warnoh memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Ismanira, 30, di akhir kes pembelaan.

Pada 21 Julai lepas, Hakim Syahliza memerintahkan Ismanira membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap wanita itu manakala suaminya Zaim Ikhwan Zahari, 30, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama.

Mahkamah kini ditangguhkan sebentar untuk membolehkan pihak-pihak menyediakan hujahan mitigasi  bagi pendakwaan dan pembelaan berhubung keputusan itu.

Mereka didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai hingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari, 5 Dis hingga 9.55 malam 6 Dis 2023.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Nur Sabrina Zubairi manakala Ismanira diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: ABAI ZAYN RAYYAN, ISMANIRA DIPENJARA LIMA TAHUN – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading