TH TELITI CADANGAN INDIVIDU BERUSIA 60 TAHUN KE ATAS LAYAK TUNAI HAJI PAKEJ MUASSASAH – MOHD NA’IM
Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneliti cadangan supaya individu berusia 60 tahun ke atas diberikan kelayakan automatik untuk menunaikan ibadah haji menerusi pakej muassasah.
SEPANG: Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneliti cadangan supaya individu berusia 60 tahun ke atas diberikan kelayakan automatik untuk menunaikan ibadah haji menerusi pakej muassasah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ketika ini, TH masih mengekalkan dasar “daftar awal, ditawar awal” dalam menentukan giliran menunaikan haji.
“Polisi sekarang ialah siapa yang daftar dahulu, dia akan didahulukan. Namun saya faham isu berkaitan usia ini, dan insya-Allah usul berkenaan akan dibincangkan serta dipertimbangkan oleh TH,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Musim Haji 1447H/2026M di sini, hari ini.
Semalam, beberapa Ahli Parlimen mencadangkan supaya warga emas berumur 60 tahun ke atas diberikan kelulusan automatik untuk menunaikan haji melalui muassasah tanpa perlu membuat rayuan dan membayar kos penuh sebanyak RM33,300.
Ditanya maklumbalas terhadap syarat kesihatan lebih ketat yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi bagi musim haji akan datang, Mohd Na’im berkata langkah itu bertujuan menjaga kebajikan jemaah sepanjang tempoh menunaikan rukun Islam kelima.
Beliau menasihatkan bakal jemaah haji yang menerima tawaran menunaikan ibadah haji musim 1447H/2026M, untuk memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik bagi melepasi pemeriksaan kesihatan yang diwajibkan.
“Jadi, saya ingat apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang akan menunaikan haji tahun depan ialah menjaga kesihatan mulai sekarang, supaya apabila pemeriksaan dijalankan, kita dapat melepasi saringan tersebut. Itu yang kita harapkan, tetapi kalau tidak lepas, mungkin ada rezeki lain yang Allah sudah tetapkan,” katanya.
Untuk rekod berdasarkan maklumat TH sebanyak lapan peratus daripada lebih 4 juta mereka yang berdaftar haji, terdiri daripada warga emas.
Pada 20 Okt, Mustakim dilaporkan berkata Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan syarat kesihatan baharu bagi bakal jemaah haji musim 1447H/2026M, selain tidak lagi membenarkan TH membuka pusat rawatan di Tanah Suci.
Antara syarat yang ditetapkan ialah bakal jemaah perlu bebas daripada penyakit berjangkit, penyakit serius atau penyakit kronik yang tidak terkawal, serta berupaya melaksanakan ibadat haji secara kendiri.
Jemaah tidak dianggap layak mengerjakan haji sekiranya menghidap penyakit atau keadaan seperti kegagalan buah pinggang kronik, kegagalan jantung atau penyakit jantung serius, penyakit paru-paru kronik dan penyakit hati kronik.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.