Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL AKAN BENARKAN JUMLAH JEMAAH YANG SAMA MEMASUKI MASJIDIL AQSA PADA MINGGU PERTAMA RAMADAN

DUNIA

ISRAEL AKAN BENARKAN JUMLAH JEMAAH YANG SAMA MEMASUKI MASJIDIL AQSA PADA MINGGU PERTAMA RAMADAN

Israel tidak akan mengenakan had baharu ke atas bilangan jemaah yang dibenar memasuki pekarangan Masjidil Aqsa Baitulmaqdis Timur pada minggu pertama bulan suci Ramadan.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

BAITULMUQADIS: Israel tidak akan mengenakan had baharu ke atas bilangan jemaah yang dibenar memasuki pekarangan Masjidil Aqsa Baitulmaqdis Timur pada minggu pertama bulan suci Ramadan, menurut pejabat perdana menteri pada Selasa, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu dibuat susulan mesyuarat para pegawai keselamatan tertinggi negara itu mengenai solat di tapak suci umat Islam dan Yahudi itu.

“Ramadan merupakan bulan suci bagi umat Islam; kesuciannya akan dipertahankan tahun ini, seperti setiap tahun,” menurut pejabat itu.

Akses kepada jemaah ke masjid akan dibenarkan sepanjang minggu pertama Ramadan, yang dijangka bermula pada 11 Mac, menurut pejabat itu yang menambah bahawa bilangan jemaah adalah  “sama seperti tahun-tahun sebelumnya,” tanpa menyatakan angka yang tepat.

“Penilaian akan keselamatan akan dibuat setiap minggu dan keputusan sewajarnya akan dibuat,” katanya.

Pekarangan Masjidil Aqsa, yang dikenali oleh orang Yahudi sebagai Temple Mount, merupakan tapak ketiga paling suci bagi umat Islam. Tapak itu yang terletak di Baitulmuqadis Timur, yang ditawan Israel dalam perang Asia Barat pada 1967, diurus oleh Wakaf Jordan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading