Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL TANGGUH PEMBEBASAN TAHANAN PALESTIN, ‘PANAS’ DENGAN KEBAIKAN TAHANAN ISRAEL KEPADA HAMAS

DUNIA

ISRAEL TANGGUH PEMBEBASAN TAHANAN PALESTIN, ‘PANAS’ DENGAN KEBAIKAN TAHANAN ISRAEL KEPADA HAMAS

Tindakan itu dipercayai dilakukan Zionis selepas tidak berpuas hati dengan cara Hamas membebaskan tahanan Israel yang dianggap mereka sebagai ‘memalukan’ dan cubaan untuk menyebarkan propaganda.

Sumber Gambar: AFP

Bandar Gaza: Israel umum akan menangguhkan pembebasan 602 tahanan Palestin yang sepatutnya dilakukan negara haram itu minggu ini bagi fasa ketujuh pertukaran tahanan di bawah perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas.

Tindakan itu dipercayai dilakukan Zionis selepas tidak berpuas hati dengan cara Hamas membebaskan tahanan Israel yang dianggap mereka sebagai ‘memalukan’ dan cubaan untuk menyebarkan propaganda.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata pembebasan tahanan Palestin akan ditangguhkan sehingga Hamas menghentikan upacara pembebasan yang memalukan tebusan Israel.

Pejabat Netanyahu dalam kenyataan pula berkata tahanan Palestin terlibat hanya akan dibebaskan selepas tahanan Israel dibebaskan dalam kumpulan atau siri yang berikutnya.

“Disebabkan pelanggaran perjanjian yang berulang oleh Hamas, termasuk memalukan tahanan kami untuk propaganda mereka, Israel telah memutuskan untuk menangguhkan pembebasan tahanan Palestin yang sepatutnya dilakukan semalam.

“Mereka akan dibebaskan apabila kami menerima pembebasan tahanan Israel yang berikutnya tanpa mereka dimalukan,” kata kenyataan itu.

Hamas yang telah memenuhi perjanjian dan terlebih dahulu membebaskan enam tahanan Israel bagi kumpulan ketujuh menganggap Israel tidak menghormati perjanjian dan melanggarnya secara terang-terangan.

Pejuang tersebut menggesa pengantara untuk memastikan Israel menghormati perjanjian dan segera membebaskan tahanan Palestin terlibat.

Seperti sebelum ini, tahanan Israel yang dibebaskan diraikan dengan gembira dalam sebuah majlis dianjurkan Hamas.

Israel dipercayai ‘panas’ dan tidak berpuas hati selepas salah seorang tebusan mereka yang dibebaskan Omer Shem Tov, mencium dahi dua pejuang Hamas semasa penyerahan tahanan Israel.

Insiden tersebut tular dan ramai percaya lelaki itu menghargai kebaikan yang dilakukan para pejuang kepadanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading