Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TERENGGANU GUNA KHIDMAT PELAJAR TAHFIZ IMAM SOLAT TARAWIH

DALAM NEGARA

TERENGGANU GUNA KHIDMAT PELAJAR TAHFIZ IMAM SOLAT TARAWIH

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata semua masjid dan surau digalakkan melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek-aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

KUALA TERENGGANU: Terengganu tidak akan menggunakan khidmat imam dari luar negara bagi solat tarawih pada Ramadan tahun ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata semua masjid dan surau digalakkan melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek-aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Beliau berkata langkah itu juga satu usaha untuk menyediakan pelajar tahfiz sebagai imam pelapis bagi mengisi keperluan di masjid dan surau di Terengganu pada masa hadapan.

“Tiada imam dari negara asing seperti Mesir atau Arab Saudi untuk solat tarawih kali ini. Yang asing (imam) pun mereka yang memang dah tinggal di sini seperti guru agama di sekolah dan pensyarah universiti.

“Kita galakkan pelajar tahfiz kita yang hafal al-Quran untuk jadi imam. Kita biayai wang saku kepada mereka. Usaha ini bagus … kita latih mereka sejak awal untuk jadi imam,” katanya selepas Majlis Pelancaran Agihan Zakat Asnaf Fakir Miskin Sempena Ramadan Tahun 1446H/2025M di sini hari ini.

Seramai 28,829 asnaf di seluruh negeri menerima zakat sempena Ramadan berjumlah RM15.49 juta.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading