Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL TIDAK AKAN AKUR DENGAN GENCATAN SENJATA PBB – NETANYAHU

DUNIA

ISRAEL TIDAK AKAN AKUR DENGAN GENCATAN SENJATA PBB – NETANYAHU

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dengan angkuh menegaskan negaranya tidak akan tunduk dengan resolusi gencatan senjata di Gaza yang dipersetujui 120 negara menerusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu – AFP

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dengan angkuh menegaskan negaranya tidak akan tunduk dengan resolusi gencatan senjata di Gaza yang dipersetujui 120 negara menerusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini.

Netanyahu berkata, ia kerana gencatan senjata itu akan menandakan mereka menyerah kalah kepada Hamas.

“Seperti Amerika Syarikat yang tidak bersetuju dengan gencatan senjata selepas serangan Pearl Harbour, atau selepas serangan pengganas pada 11 September, Israel juga tidak akan bersetuju dengan gencatan senjata dengan Hamas selepas serangan mengerikan pada 7 Oktober.

“Gesaan gencatan senjata itu menandakan Israel menyerah kalah kepada Hamas, menyerah kalah kepada keganasan dan menyerah kalah kepada kebiadaban. Ia tidak akan berlaku,” katanya.

Dalam persidangan PBB sebelum ini, 120 negara termasuk Malaysia menyokong gencatan senjata keamanan di Gaza manakala 14 membantah dan 45 berkecuali.

Sidang tergempar itu diadakan pada 26 Oktober sejurus selepas kebuntuan di dalam Majlis Keselamatan dan keadaan yang semakin teruk di dalam Gaza yang terkepung.

Resolusi itu antara lain menyeru kepada “gencatan senjata kemanusiaan dengan segera, berkekalan, dan berterusan”, serta “menuntut” agar semua pihak mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan untuk menyediakan bekalan dan perkhidmatan penting ke Gaza Strip yang “berterusan, mencukupi, dan tanpa halangan”. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading