Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL WUJUDKAN “SHELL COMPANY” HASIL ALAT KELUI KE LUBNAN – LAPORAN

DUNIA

ISRAEL WUJUDKAN “SHELL COMPANY” HASIL ALAT KELUI KE LUBNAN – LAPORAN

Israel telah mewujudkan “shell company” untuk menghasilkan alat kelui yang dipasang bahan letupan yang kemudian dihantar ke Lubnan, lapor Sputnik.

Gambar menunjukkan serpihan peranti walkie-talkie yang meletup di atas sofa di dalam sebuah rumah di Baalbek, kubu kuat Hizbullah di timur Lubnan. -foto AFP

MOSCOW: Israel telah mewujudkan “shell company” untuk menghasilkan alat kelui yang dipasang bahan letupan yang kemudian dihantar ke Lubnan, lapor Sputnik.

Akhbar The New York Times melaporkan, memetik tiga pegawai perisikan, secara luaran BAC Consulting Kft. adalah sebuah syarikat berpangkalan di Hungary yang mempunyai kontrak untuk menghasilkan peranti itu bagi pihak syarikat Taiwan, Gold Apollo – namun sebenarnya, ia adalah sebahagian daripada syarikat hadapan Israel.

Sekurang-kurangnya dua lagi syarikat hadapan telah dicipta untuk menyembunyikan identiti sebenar individu yang mencipta alat kelui itu – pegawai perisikan Israel.

Pada masa yang sama, BAC Consulting Kft. mempunyai pelanggan biasa, yang syarikat itu menghasilkan alat kelui tanpa bahan letupan, menurut akhbar berkenaan.

Alat kelui yang dipasang dengan bahan letupan mula dihantar ke Lubnan pada musim panas 2022, namun pengeluaran diperhebat selepas pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah mengecam penggunaan telefon bimbit atas alasan keselamatan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading