Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ISU 3R: MUHYIDDIN DIDAKWA DI MAHKAMAH GUA MUSANG ESOK – KPN

DALAM NEGARA

ISU 3R: MUHYIDDIN DIDAKWA DI MAHKAMAH GUA MUSANG ESOK – KPN

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa esok berhubung ucapannya yang dikatakan menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Bernama

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa esok berhubung ucapannya yang dikatakan menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pendakwaan akan dibuat di Mahkamah Sesyen Gua Musang selepas pihaknya menerima arahan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC).

“Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu sistem e-Filing Mahkamah Persekutuan Malaysia memaklumkan sesi pendengaran kes berkenaan bermula pada pukul 9 pagi di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Sebelum ini media melaporkan polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu kepada AGC pada 21 Ogos lepas untuk tindakan lanjut.

Razarudin berkata pihaknya juga telah mengambil keterangan daripada Muhyiddin dan 66 saksi bagi membantu siasatan.

Sebelum ini tular di media sosial ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading