Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

OPERASI MENCARI MANGSA KEJADIAN TANAH JERLUS MASUK HARI KELIMA

DALAM NEGARA

OPERASI MENCARI MANGSA KEJADIAN TANAH JERLUS MASUK HARI KELIMA

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini memasuki hari kelima hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India. – Bernama

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini memasuki hari kelima hari ini.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati seawal 8 pagi pihak berkuasa terlibat dilihat mengadakan perbincangan dan penugasan untuk melaksanakan SAR berkenaan.

Difahamkan anak kepada wanita berkenaan yang dikenali sebagai Surya, 26, berada di lokasi pencarian kira-kira pukul 9 pagi, bagi mengikuti perkembangan operasi.

Tinjauan di sekitar kawasan insiden turut mendapati kebanyakan premis perniagaan masih ditutup dan hanya segelintir peniaga memulakan operasi setakat  9 pagi tadi, dan hampir 50 petugas media sudah berada di lokai seawal pukul 8 pagi untuk mengikuti perkembangan lanjut pencarian.

Dalam kejadian Jumaat lepas, Vijayaletchumy yang berada dalam negara ini bersama keluarga untuk melancong, dikatakan dalam perjalanan ke sebuah kuil berhampiran apabila beliau terjatuh ke dalam lubang berkenaan dan terus hilang. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading