MUHYIDDIN MENGAKU TIDAK BERSALAH PERTUDUHAN SENTUH 3R, SEBUT PERKATAAN MENGHASUT
GUA MUSANG: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.
GUA MUSANG, 27 Ogos — Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Gua Musang bagi menghadapi pendakwaan berhubung ucapan yang dikatakan menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini. – Bernama
GUA MUSANG: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.
Muhyiddin, 77, membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.
Mengikut pertuduhan, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan lapang berhampiran Dewan Semai Bakti Felda Perasu di sini, dan didapati telah menyebut perkataan menghasut antara pukul 10.30 malam hingga 11.50 malam, 14 Ogos lepas.
Kenyataan menghasut itu berkenaan dakwaan beliau yang tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum ke-15 untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri walaupun dikatakan mempunyai sokongan 115 daripada 222 Ahli Parlimen pada masa itu.
Presiden Bersatu itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama, membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kes dikendalikan enam Timbalan Pendakwa Raya diketuai Datuk Umar Saifuddin Jaafar manakala Muhyiddin diwakili lima peguam iaitu Amer Hamzah Arshad, Chetan Jethwani, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Mohd Nasir Abdullah dan Mariana Mat Kudin.
Semasa prosiding, Umar Saifuddin mencadangkan jaminan RM20,000 kepada Muhyiddin, namun Amer Hamzah pula memohon supaya kadar ikat jamin dikurangkan dengan mengambil kira kes-kes terdahulu di bawah seksyen sama yang memperuntukkan jumlah denda tidak melebihi RM5,000.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Nov ini untuk sebutan semula kes. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests