Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISU GST BELUM DIBINCANG: PM

DALAM NEGARA

ISU GST BELUM DIBINCANG: PM

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika bercakap kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini. Foto AlHijrah Online.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan masih belum ada perbincangan dengan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berhubung pelaksanaan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Perdana Menteri, ketika mengeluarkan kenyataan berkaitan GST baru-baru ini, beliau hanya menjawab soalan media meskipun tiada perbincangan dilakukan pada waktu itu.

 “Kalau timbul permintaan daripada rakyat, kita sensitif kepada kehendak rakyat dan kita akan kaji. Tapi tidak ada kajian yang dibuat pada waktu ini.

“Masa saya menjawab itu belum ada persidangan Majlis Presiden,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini pagi tadi. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading