Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISU TEKNIKAL PESAWAT, 278 JEMAAH HAJI KT051 TERPAKSA MENDARAT DI OMAN

DALAM NEGARA

ISU TEKNIKAL PESAWAT, 278 JEMAAH HAJI KT051 TERPAKSA MENDARAT DI OMAN

Penerbangan KT051 (MH8110) yang membawa 278 jemaah haji Malaysia telah mendarat di Lapangan Terbang Muscat, Oman pada jam 4.11 petang waktu tempatan hari ini.

Gambar ARKIB.

KUALA LUMPUR: Penerbangan KT051 (MH8110) yang membawa 278 jemaah haji Malaysia telah mendarat di Lapangan Terbang Muscat, Oman pada jam 4.11 petang waktu tempatan hari ini.

Lembaga Tabung Haji (TH) berkata, tindakan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga susulan isu teknikal pada pesawat.

“Semua 278 jemaah haji berada dalam keadaan selamat dan pihak keluarga mereka tidak perlu risau.

“KT051 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Isnin, 4 Mei 2026, pukul 2.06 petang waktu Malaysia, dan dijadualkan tiba di Jeddah sekitar 5.50 petang pada hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihak AMAL by Malaysia Airlines akan membuat penilaian ke atas pesawat sebelum membuat keputusan selanjutnya tentang penerbangan.

“Sekiranya perlu, semua jemaah akan menginap di hotel sebelum meneruskan perjalanan ke Jeddah.

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelasnya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading