Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENAHANAN THIAGO,SAIF: ‘COUNTDOWN’ GELOMBANG KEDUA ‘BREAK THE SILENCE’ BERMULA

DALAM NEGARA

PENAHANAN THIAGO,SAIF: ‘COUNTDOWN’ GELOMBANG KEDUA ‘BREAK THE SILENCE’ BERMULA

Langkah ini merupakan satu isyarat jelas bahawa intimidasi rejim tidak sedikit pun melunturkan semangat para pejuang keamanan.

Foto: AFP

SEPANG: Sumud Nusantara Command Center (SNCC) menzahirkan kecaman paling keras susulan pencabulan hak dan penahanan haram ke atas dua jawatankuasa Global Sumud Flotilla, Saif Abu Keshek dan Thiago Avila.

Kedua-dua aktivis tersebut telah diculik dan ditahan melebihi 96 jam di Penjara Israel tanpa sebarang perbicaraan yang adil.

Ketua Pengarah SNCC, Dato’ Dr. Sani Araby berkata, sebagai tindak balas langsung terhadap kezaliman tersebut, SNCC secara rasmi mengumumkan pelancaran kiraan detik countdown bagi memecahkan kebisuan dunia serta kepungan Israel ke atas Gaza.

“Sumud Nusantara Command Center dengan ini melancarkan kiraan detik countdown bermula saat ini untuk gelombang ‘break the silence’ dan ‘break the siege’ untuk seluruh negara bangkit bersatu dan gandakan usaha untuk menguatkan ketumbukan desakan ke arah pembebasan Gaza”. katanya dalam sidang media petang tadi.

Jelas Dato Dr.’ Sani Araby, langkah ini merupakan satu isyarat jelas bahawa intimidasi rejim tidak sedikit pun melunturkan semangat para pejuang keamanan.

SNCC merakamkan penghargaan atas keberanian pelbagai pihak di Malaysia, khususnya Yang Dipertua Dewan Rakyat dan ahli-ahli Parlimen merentas parti yang teguh menzahirkan solidariti.

“SNCC menyokong gesaan dan pendirian tegas Perdana Menteri Malaysia, Perdana Menteri Sepanyol dan juga Presiden Turki serta pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB dan OIC yang mengutuk tindakan Israel serta mendesak tindakan pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa ini mesti segera diadili” ujarnya.

Rakyat Malaysia juga diseru untuk terus menjadi suara bagi Palestin dengan melawan naratif propaganda Zionis selain melaksanakan solat hajat serta Qunut Nazilah bagi memohon pertolongan Allah SWT dalam menjayakan misi besar ini. – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading