JAKIM AKAN PANGGIL INDIVIDU MUSLIM DISYAKI TERLIBAT PROGRAM INTERFAITH WATER CEREMONY
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil individu beragama Islam yang disyaki terlibat dalam program “Interfaith Water Ceremony” bagi mendapatkan penjelasan berhubung penglibatannya.
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil individu beragama Islam yang disyaki terlibat dalam program “Interfaith Water Ceremony” bagi mendapatkan penjelasan berhubung penglibatannya.
Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee mengesahkan individu itu bukan pegawai jabatan berkenaan.
Beliau berkata pihaknya juga telah mengadakan pertemuan dengan pemilik akaun Facebook Ahmad Iqram Mohamad Noor, yang mendedahkan bahawa terdapat umat Islam yang terlibat dalam program itu, bagi memastikan penelitian secara adil dan menyeluruh.
“Perkara ini sedang diteliti secara serius oleh JAKIM,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Sirajuddin juga berkata JAKIM bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama negeri dan agensi berkaitan bagi memastikan penilaian dibuat secara menyeluruh, berlandaskan perundangan sedia ada.
“JAKIM sentiasa komited memelihara kesucian akidah umat Islam… mana-mana pihak yang mempunyai maklumat, dimohon membuat laporan rasmi kepada pihak Polis Diraja Malaysia serta pihak berkuasa agama Islam negeri,” katanya.
Terdahulu, Ahmad Iqram dalam satu hantaran memuat naik artikel bertajuk Muslim Terlibat Dalam Dakyah Sesat Interfaith Water Ceremony.
Menurut artikel itu, program Loving Couple Festival di dewan sebuah hotel menyaksikan pihak gereja turut melaksanakan ritual Interfaith Water Ceremony yang merupakan upacara berdoa bersama dengan pemimpin agama lain.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kemudian tampil memberi penjelasan bahawa kandungan yang dipetik dalam artikel berkenaan merujuk kepada satu program yang berlangsung tujuh tahun lepas di sebuah hotel di Seberang Jaya.
JHEAIPP memaklumkan program itu pernah dilaporkan secara rasmi dan disiarkan menerusi media tempatan pada tahun sama, dengan liputan berita yang memfokus kepada sambutan serta pengiktirafan terhadap pasangan yang telah berkahwin daripada pelbagai bangsa.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests