Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM DIARAH SEGERA SALUR BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR BALING

DALAM NEGARA

JAKIM DIARAH SEGERA SALUR BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR BALING

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk segera menyelaras bantuan Musa’adah JAKIM bersama-sama pihak berkuasa negeri Kedah bagi membantu para penduduk Baling yang terkesan dan terjejas banjir.

GAMBAR TULAR

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk segera menyelaras bantuan Musa’adah JAKIM bersama-sama pihak berkuasa negeri Kedah bagi membantu para penduduk Baling yang terkesan dan terjejas banjir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata beliau amat dukacita dan bersimpati dengan para penduduk yang terlibat dengan ujian tersebut.

“JAKIM dan agensi-agensi hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang berkaitan telah diarah turun ke lapangan membantu pihak berkuasa negeri Kedah.

“Didoakan semua pihak yang terlibat dikurniakan kesabaran serta ketabahan menghadapi ujian ini,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Operasi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di kawasan banjir masih giat dijalankan pihak berkuasa.

Setakat ini tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa banjir dari empat buah kampung di Baling.

Banjir di kawasan terlibat berlaku selepas hujan lebat berterusan selama tiga jam sejak 2 petang tadi turut menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk berdekatan tebing. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading