Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM SAHKAN TIADA KETIRISAN DATA SELEPAS PORTAL RASMI HALAL DICEROBOH

DALAM NEGARA

JAKIM SAHKAN TIADA KETIRISAN DATA SELEPAS PORTAL RASMI HALAL DICEROBOH

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan insiden pencerobohan Portal Rasmi Halal Malaysia tidak menyebabkan sebarang data tertiris.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata beliau bagaimanapun telah mengarahkan pasukan teknikal Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) JAKIM mengambil langkah proaktif untuk mengemaskini kelompongan yang mungkin boleh menjadi ruang untuk penggodam menceroboh kembali ke dalam Portal Rasmi Halal Malaysia.


“Saya juga meminta supaya proses untuk menyiapkan infrastruktur baharu di mana pelayan, sistem operasi dan aplikasi akan dinaik taraf ke versi yang terkini.

“Proses ini sedang dilaksanakan dan saya difahamkan bahawa infrastruktur baru ini akan disiapkan sebelum Januari 2024.


“JAKIM menyedari kerisauan pengguna mengenai ciri-ciri keselamatan sedia ada di Portal Halal Malaysia dan saya membaca semua ulasan dan pandangan netizen mengenai perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hakimah, Portal Rasmi Halal Malaysia dikesan mula diceroboh pada Sabtu, 9 Disember 2023.

Susulan itu beliau telah mengarahkan pasukan teknikal ICT JAKIM untuk menjalankan siasatan dan menyediakan laporan menyeluruh berhubung perkara tersebut termasuk mencadangkan langkah-langkah proaktif ke arah meningkatkan ciri keselamatan portal supaya isu sama tidak berulang pada masa hadapan.

Pada Rabu, 13 Disember 2023, Portal Rasmi Halal Malaysia telah mula beroperasi kembali setelah tindakan pembaikan dibuat dan makluman kepada para pengguna berkenaan pengoperasian semula Portal Rasmi Halal Malaysia juga telah dibuat. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading