JAKIM TEMPATKAN PEGAWAI TERLATIH DI HOSPITAL SELURUH NEGARA UNTUK TANGANI KES KEMURUNGAN

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menempatkan 160 pegawai terlatihnya di hospital seluruh Malaysia untuk menangani kes kemurungan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Perkhidmatan psikospiritual, khidmat nasihat dan ‘ilaj syarie akan disebarluaskan ke agensi-agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani masalah kerohanian dan kemurungan dalam kalangan pesakit dan juga kakitangan hospital sendiri akibat pandemik COVID-19 dan permasalahan lain.

“Bagi mencapai matlamat tersebut, seramai 160 peserta yang terdiri daripada Kader Post JAKIM yang berkhidmat di seluruh Malaysia, Pegawai Mesra Ibadah lantikan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Spiritual Provider lantikan Hospital Rehab Cheras akan diberi latihan,” katanya dalam satu hantaran hari ini.

Menurut Zulkifli, tindakan itu merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan kementeriannya untuk memberikan sokongan emosi kepada mereka yang terksan selain MyCareCOV19 yang telah bermula pada April 2020. — AlHijrah Online

Leave a Reply