Jambatan Bagan Datuk sepanjang kira-kira 1.5 kilometer dilaporkan akan menjimatkan masa penduduk untuk ke pekan berdekatan iaitu hanya 15 minit berbanding sejam menggunakan laluan sebelum ini. – Foto BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bergambar selepas melancarkan Jambatan Bagan Datuk yang melibatkan laluan dari Bagan Datuk ke Kampung Sejagop hari ini. — fotoBERNAMA
BAGAN DATUK: Jambatan Bagan Datuk melibatkan laluan dari Bagan Datuk ke Kampung Sejagop dibuka hari ini.
Acara simbolik pelancaran itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan pelepasan pasukan penunggang basikal dan motosikal berkuasa besar di jambatan tersebut jam 9.40 pagi tadi.
Terdahulu, Ahmad Zahid melancarkan laluan baharu bas henti-henti Bas Ekspres MARA Liner Sdn. Bhd. (MLSB) (Laluan Bagan Datuk) di pekarangan Masjid Tuminah Hamidi di sini.
Sebelum ini dilaporkan, jambatan sepanjang kira-kira 1.5 kilometer itu yang menghubungkan kawasan Parlimen Pasir Salak dan Bagan Datuk akan menjimatkan masa penduduk untuk ke pekan berdekatan iaitu mengambil masa hanya 15 minit berbanding sejam menggunakan laluan sebelum ini.
Jambatan menyeberangi Sungai Perak itu dilihat dapat membantu pembangunan ekonomi kedua-dua kawasan berkenaan.
Sementara itu, Ahmad Zahid ketika berucap pada majlis ramah mesra sempena pelancaran laluan Jambatan Bagan Datuk di Kampung Sejagop berkata beliau akan mempersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah untuk perkenan merasmikan jambatan itu.
Beliau turut mencadangkan jambatan itu dinamakan Jambatan Tuanku Sultan Nazrin Shah.
“Insya-Allah jambatan itu saya akan persembahkan kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak untuk perkenan bagi perasmiannya. Perasmian cara rasmi. Insya-Allah… saya akan mempersembah mencadangkan sempena dengan keputeraan baginda yang akan datang.”
“Saya ingin juga mencadangkan jangan pakai jambatan Bagan Datuk-Sejagop, pakai nama Jambatan Tuanku Sultan Nazrin, insya-Allah kerana ketika saya menjadi Timbalan Perdana Menteri pertama kali, Tuanku minta supaya saya membantu pembangunan negeri Perak ini,” katanya.
Ahmad Zahid juga menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya yang telah memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan jambatan itu. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked