JANGAN BUAT PENGINAPAN PEKERJA ASING MACAM KANDANG LEMBU – SIVAKUMAR
KLANG: Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar memberi amaran kepada semua majikan agar memastikan tempat penginapan pekerja warga asing sentiasa dalam keadaan selesa dan bukan seperti kandang lembu atau kerbau.
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan Operasi Bersepadu Akta 446 di kawasan perindustrian Aman Perdana, Meru hari ini. — Bernama
KLANG: Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar memberi amaran kepada semua majikan agar memastikan tempat penginapan pekerja warga asing sentiasa dalam keadaan selesa dan bukan seperti kandang lembu atau kerbau.
Beliau berkata keadaan penginapan pekerja asing yang tidak mematuhi syarat ditetapkan akan membahayakan pekerja terutama apabila berlaku pandemik atau bencana yang tidak diingini.
“Kita perlu layan mereka seperti manusia, sebab kita diperhatikan. Bukan sahaja rakyat (negara ini) malah peringkat antarabangsa.
“Jangan buat macam kandang lembu atau kandang kerbau, ia sangat membahayakan pekerja-pekerja asing dan akan menjadi isu besar jika berlaku musibah,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Khas Penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) di tiga buah kilang berasaskan produk kayu dan getah di Jalan Kapar, di sini hari ini.
Turut serta dalam operasi itu Timbalan Menteri Mustapha Sakmud dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Sumber Manusia A. Maniam.
Sivakumar berkata antara kegagalan pematuhan syarat yang dikesan ialah majikan didapati tidak menyediakan tilam, ruang memasak buruk dan bilik sempit.
Katanya pemilik ketiga-tiga kilang itu akan didakwa sejurus kertas siasatan lengkap.
“Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati majikan-majikan berkenaan melakukan beberapa kesalahan mengikut akta yang dikuatkuasakan oleh JTKSM (Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia) antaranya Seksyen 24D Akta 446 dan juga kesalahan mengikut Peraturan 3 dan 4 akta sama.
“Majikan juga didapati melakukan kesalahan di bawah akta yang dikuatkuasakan oleh JKKP (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) serta majikan juga didapati tidak mencarum di bawah PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial),” katanya.
Beliau berkata ketiga-tiga kilang itu beroperasi dengan tenaga kerja asing seramai 526 orang dari Nepal, Bangladesh dan Myanmar.
Ketika ditanya mengenai pindaan terhadap akta atau undang-undang sedia ada, Sivakumar berkata undang-undang tersebut telah memadai untuk memastikan majikan mengambil tindakan sewajarnya.
“Kita akan membuat pemantauan lebih kerap selepas ini untuk pastikan pekerja asing yang masuk dapat penempatan yang baik serta diberi perhatian sewajarnya oleh pihak majikan,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager