Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JANGAN GUNA PANGKAT, KEDUDUKAN BUAT KERJA ‘HARAM’ – TPM AHMAD ZAHID

DALAM NEGARA

JANGAN GUNA PANGKAT, KEDUDUKAN BUAT KERJA ‘HARAM’ – TPM AHMAD ZAHID

Anggota dan pegawai pasukan pertahanan serta keselamatan tidak seharusnya menyalahgunakan kedudukan mereka untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber: BERNAMA

PASIR SALAK: Anggota dan pegawai pasukan pertahanan serta keselamatan tidak seharusnya menyalahgunakan kedudukan mereka untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata beliau bersetuju dengan kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar yang tidak akan berkompromi dalam isu penyalahgunaan kuasa.

“Saya bersetuju dengan kenyataan beliau yang tidak akan berkompromi mengambil tindakan terhadap persekongkolan antara pegawai-pegawai ATM, bukan sahaja dalam soal menjadi pemberi maklumat, tetapi terlibat secara langsung,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditemui pemberita selepas merasmikan Program Santunan Desa Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Perak Bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Komuniti KEMAS di Dewan Besar Bandar Baru Felcra Seberang Perak. 

Timbalan Perdana Menteri berkata penyalahgunaan kuasa perlu dihentikan kerana ia melibatkan imej pasukan keselamatan serta pertahanan negara yang mesti dipertahankan. 

“Saya harap ini jadi satu pengajaran mahal untuk yang lain-lain, apa juga pasukan penguat kuasa supaya tidak melakukan kerja yang sama ataupun kerja-kerja berlainan dengan tujuan yang sama,” katanya.

Rabu lepas, 10 individu termasuk pegawai kanan tentera berusia antara 30 hingga 55 tahun, serta seorang warga Indonesia ditahan di sekitar Lembah Klang melalui Op Sohor oleh Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama pasukan Anti-Corruption Tactical Squad (ACTS).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading