JAWATANKUASA KHAS PERKASA MAHKAMAH SYARIAH DITUBUHKAN – PM ANWAR
Beliau berkata jawatankuasa itu akan meneliti dan berbincang dengan mufti serta semua pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan supaya ada peraturan yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja dalam usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata jawatankuasa itu akan meneliti dan berbincang dengan mufti serta semua pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan supaya ada peraturan yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Perdana Menteri berkata Majlis Raja-Raja juga berminat dan memberi perkenan supaya jawatankuasa itu melakukan kajian dalam meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah terhadap umat Islam dan pada masa sama tidak memberi kesan ke atas golongan bukan Islam.
“Setakat ini nama-nama (individu yang) menganggotai jawatankuasa khas ini sudah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja dan prosesnya mereka akan dan mesti berbincang dengan Majlis Agama Islam Negeri dan Kerajaan Negeri sebelum apa-apa perkara dimuktamadkan.
“Ada kaedah perlu dibincangkan kerana ada negeri agak keras, kurang setuju kalau kita langgar prinsip-prinsip yang disebutkan, namun apa sahaja cadangan jawatankuasa ini nanti, haruslah dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja,” kata beliau pada Waktu-waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Mohd Azizi Abu Naim (PN-Gua Musang) berhubung pendirian kerajaan terhadap notis petisyen difailkan dua wanita yang dilihat mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 serta usaha kerajaan bagi memastikan undang-undang berkaitan Syariah terus terpelihara.
Anwar berkata sebarang keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung prosiding mencabar perlembagaan oleh dua wanita beragama Islam itu tidak akan menghalang usaha kerajaan untuk terus memperkasa Mahkamah Syariah melalui jawatankuasa yang ditubuhkan.
“Sebab itu kita ada jawatankuasa khas ini, untuk usaha selaraskan pelaksanaan undang-undang, bayangkan kalau negeri diberi ruang sewenang-wenangnya (menggubal undang-undang), semua negeri buat dan atas itu juga nanti semua negeri ada percanggahan,” kata beliau.
Anwar berkata menerusi jawatankuasa khas itu, sebarang cadangan pindaan dan penambahbaikan Mahkamah Syariah yang dikemukakan akan dimohon untuk mendapat perkenan Majlis Raja-Raja sebelum dibentangkan di Parlimen.
Perdana Menteri berkata rakyat harus diberi kefahaman yang betul mengenai kes itu kerana ia bukan berkaitan mencabar undang-undang Syariah, sebaliknya mencabar pertimbangan melibatkan kuasa negeri dalam Perlembagaan.
“Ada persepsi sebahagian umat Islam ini (petisyen oleh dua wanita) mencabar Syariah, kerana orang politik tunggang agama main isu ini, pada hal isunya bidang kuasa di mana-mana negeri boleh buat undang-undang, jadi jangan guna ruang ini untuk panaskan suhu politk dan sebar kebencian kononnya PM (Perdana Menteri) tak peduli hal Syariah Islam,” kata beliau.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager