SUNGAI PETANI: Festival Murtadha Dakwah Centre 2023 atau Festival MADAD 2023 yang sedang rancak berlangsung di Kedah sehingga Sabtu, 25 November 2023 turut mengetengahkan aktiviti sukan sunah kepada para pengunjung.
Tinjauan Alhijrah Online mendapati, pengunjung yang meminati sukan seperti berkuda dan memanah sanggup mengambil masa untuk beratur panjang bagi merasai pengalaman yang jarang diperolehi, apatah lagi ia ditawarkan oleh MADAD secara percuma.
Jelas Pengarah Urusan MADAD, Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof, sejumlah sembilan ekor kuda, terdiri daripada pelbagai baka ada dipelihara di MADAD bagi tujuan menyemarakkan aktiviti sukan Sunah.
“Aktiviti berkuda ini akan tetap diteruskan walaupun bukan semasa Festival MADAD berlangsung. Orang ramai boleh datang antara jam 3 petang hingga 6 petang .Jika ada yang berminat untuk mendalami ilmu berkuda, kami ada jurulatih-jurulatih yang boleh membantu melalui kelas-kelas dan sesi latihan,” jelas Mohammad Yaakub Yusra.
Kata beliau lagi, dalam menyantuni orang ramai yang ingin menunggang kuda, aspek keselamatan turut dititik berat dan setiap pergerakan akan diiringi jurulatih yang berpengalaman.
Pengunjung yang hadir turut menikmati keterujaan menunggang kuda, apatah lagi bagi mereka yang baru kali pertama merasai pengalaman itu.
“Ini pengalaman pertama buat saya dan anak saya. Sebelum ini hanya tengok orang lain tunggang, tetapi di MADAD ini satu pengalaman baharu. Lokasi MADAD pun dekat dengan kami, jadi ini satu pengalaman menarik,” jelas Syafiq Rodzi yang berkunjung ke Festival MADAD bersama anaknya.
Sementara itu, aktiviti Memanah Challenge turut akan mengambil tempat pada 23 November ini, dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, di samping pelbagai lagi pengisian dalam Festival MADAD bakal berlangsung sehingga Sabtu ini.
Setakat ini, pihak MADAD mengesahkan telah menerima kunjungan lebih 10,000 pengunjung setiap hari sejak Festival MADAD 2023 membuka tirainya pada 16 November lalu.
“Kami menerima bilangan pengunjung yang di luar jangkaan kami. Ada yang datang dari Pulau Pinang, Perak dan pantai timur hingga mencetus kesesakan untuk menuju ke Kompleks MADAD ini,” kongsi Mohammad Yaakub Yusra kepada Alhijrah Online.
“Malah ada yang datang setiap hari untuk memastikan mereka mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang disediakan,” tambahnya.
Selain sukan Sunah, turut mendapat sambutan adalah majlis-majlis ilmu serta kuliah-kuliah, serta acara hiburan Islamik seperti MADAD Berselawat dan MADAD Ritma Jiwa.
Orang ramai yang ingin sama-sama menyumbang kepada pembangunan Kompleks MADAD boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Murtadha Dakwah Centre bernombor 5520-5980-7117.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai juga boleh melayari laman sesawang www.madadcentre.com atau menghubungi talian hotline 014-601 9090 atau 014-6019494.
Murtadha Dakwah Centre merangkumi projek pembinaan Kompleks Masjid Darul Murtadha, Maahad Integrasi, rumah warga emas, hotel kapsul dan stadium e-sport.
“Semuanya disediakan percuma untuk ummah,” menurut Mohammad Yaakub Yusra lagi.
Turut disediakan, hab memanah dan berkuda, serta taman kucing. –-Alhijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager