BANGKIT ISU PALESTIN TIDAK BERMAKNA MASALAH NEGARA TIDAK DIENDAHKAN – PM ANWAR
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kehadirannya ke persidangan-persidangan antarabangsa, yang menyaksikan beliau membangkitkan dengan lantang isu berkaitan Palestin, tidak bermakna masalah dalam negara terutama dalam kalangan minoriti tidak diendahkan.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kehadirannya ke persidangan-persidangan antarabangsa, yang menyaksikan beliau membangkitkan dengan lantang isu berkaitan Palestin, tidak bermakna masalah dalam negara terutama dalam kalangan minoriti tidak diendahkan.
Selain memenuhi undangan pemimpin antarabangsa, Anwar melihat persidangan berkenaan merupakan satu kesempatan untuk beliau membangkitkan isu berkenaan, yang bersifat kemanusiaan dan bukannya hanya bersifat agama semata-mata.
“Tidak ada minoriti kita yang dibunuh beramai-ramai, tidak ada kemusnahan gereja dan kuil-kuil, jadi sementara ada pihak kurang setuju dengan langkah kita menyokong Palestin, saya tidak fikir wajar, munasabah dan waras untuk dibangkitkan soal kebencian ini.
“…ini bukan sahaja isu agama Islam, kerana penduduk Kristian juga terlibat, walaupun kebanyakan masjid dirobohkan, tujuh gereja turut dimusnahkan sama sekali di Gaza, (jadi) saya tegaskan keperluan kita melihat isu ini,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang mahu tahu hasil mesyuarat Persidangan Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Arab Saudi mengenai jenayah dan pembasmian kaum (genocide), yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.
Dalam sidang kemuncak tergempar yang dihoskan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman itu, Anwar turut menggesa negara anggota OIC untuk mendesak pelaksanaan gencatan senjata serta-merta, manakala bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza disegerakan.
Pada masa yang sama, Anwar berkata beliau turut membangkitkan isu Palestin pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan mahukan pembunuhan dan kekejaman di Gaza dihentikan segera.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pada persidangan APEC yang dihadirinya atas undangan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden itu, beliau sekali lagi menyuarakan pendirian Malaysia yang tidak mahu mana-mana pihak atau kuasa dunia untuk menentukan pendirian negara dalam isu terbabit.
“Jangan lagi orang barat anggap ini sebagai hegemoni kolonial, menentukan dasar dan bentuk tindakan kita, mereka tidak boleh paksa kita tentukan pendirian kita.
“Di situlah saya nyatakan agak tegas dan saya kata mesti sekurang-kurangnya mula menghentikan serangan sekarang, kerana saya sebut satu hari tambahan (perang) bermakna masih ada anak-anak, wanita dan orang awam dijadikan mangsa korban,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager