Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GAZA TIDAK BOLEH DISELAMATKAN HANYA DENGAN KATA-KATA DAN RETORIK – MAPIM

DALAM NEGARA

GAZA TIDAK BOLEH DISELAMATKAN HANYA DENGAN KATA-KATA DAN RETORIK – MAPIM

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Gaza tidak boleh diselamatkan hanya dengan kata-kata dan retorik, kata Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata tindakan perlu diambil memandangkan bahawa Israel  telah melakukan pelanggaran terhadap semua undang-undang antarabangsa.

“Sehingga hari ke-43 kebiadaban Israel, dunia masih tidak berdaya untuk menghentikan kekejaman Israel. Israel telah melakukan jenayah perang yang paling serius dengan banyak bukti dan saksi. Jenayah perang Israel di Gaza adalah suatu yang dirancang, bukan respon reaktif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Israel melanggar 28 resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang mengikat secara sah ke atas Piagam PBB, Artikel 25 (1945); beberapa contoh resolusi – 54, 111, 233, 234, 236, 248, 250, 252, 256, 262, 267, 270, 280, 285, 298, 313, 316, 468, 476 dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata operasi ketenteraan Israel bukan lagi tentang hak mempertahankan diri, sebaliknya ia adalah pembunuhan beramai-ramai secara terang-terangan.

“Kami menyeru campur tangan tentera PBB dengan segera, tiada rundingan boleh dilakukan lagi sekarang. Peperangan mesti dihentikan sekarang,” katanya dan menambah MAPIM menuntut PBB  mengumumkan penempatan tentera pengaman untuk melindungi orang awam dan membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar tanpa sekatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading