Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEMAAH HAJI MALAYSIA REBAH, MENINGGAL DUNIA KETIKA TAWAF UMRAH

DALAM NEGARA

JEMAAH HAJI MALAYSIA REBAH, MENINGGAL DUNIA KETIKA TAWAF UMRAH

Allahyarham Mohd Zahir dari Maktab 78 dilaporkan sedang menunaikan tawaf umrah pertama bersama isteri dan jemaah dari maktab yang sama sebelum tiba-tiba rebah di mataf.

Isteri Allahyarham Mohd Zahir Ismail ketika ditemui pihak Tabung Haji.

MAKKAH: Seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia Rabu lalu ketika sedang tawaf umrah wajib bersama isterinya dan kumpulan jemaah Malaysia KT66.

Allahyarham Mohd Zahir Ismail berusia 58 tahun yang berasal dari Alor Setar, Kedah rebah dan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445H/2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Ismail berkata semasa kejadian Allahyarham Mohd Zahir dari Maktab 78 dilaporkan sedang menunaikan tawaf umrah pertama bersama isteri dan jemaah dari maktab yang sama sebelum tiba-tiba rebah di mataf.

“Dengan rasa dukacita, kami ingin memaklumkan ada kematian kedua di mana kita telah kehilangan seorang jemaah haji lelaki.

“Allahyarham adalah daripada KT66 yang baru sampai di Makkah pada 29 Mei dan pada waktu malam selepas Isya’ kita anjurkan mereka semua laksanakan umrah pertama dan beliau telah pun jatuh akibat serangan jantung di tempat tawaf,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di sini hari ini.

Tambahnya, Allahyarham tidak ditolak atau dipijak jemaah lain ketika kejadian tersebut.

Beliau berkata Allahyarham kemudian dikejarkan ke kinik yang terletak dalam Masjidil Haram sebelum dikejarkan ke Hospital Arab Saudi, namun disahkan telah meninggal dunia.

Jenazah kemudian disolatkan selepas waktu Zohor di Masjidil Haram, semalam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Syaraiee, Makkah.

Syed Salleh berkata, petugas kebajikan TH, kaunselor serta pembimbing ibadat dan pakar rujuk juga telah menziarahi isteri Allahyarham bagi memberi bantuan sewajarnya.

“Bagi pihak TH, saya ingin mengucapkan takziah kepada waris jemaah dan kami mendoakan agar segala amal ibadatnya diterima Allah SWT,” katanya.

Mohd Zahir dari Maktab 78 merupakan jemaah kedua Malaysia yang meninggal dunia selepas yang pertama pada Jumaat lalu. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading