Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEMAAH UMRAH MENINGGAL DUNIA DI KLIA

DALAM NEGARA

JEMAAH UMRAH MENINGGAL DUNIA DI KLIA

KUALA LUMPUR: Seorang jemaah wanita menghembuskan nafas terakhirnya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menunaikan umrah.

Wanita berkenaan difahamkan rebah dan pengsan selepas keluar daripada pintu pesawat.

Mangsa telah dibantu oleh kru pesawat dan pasukan perubatan namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Berdasarkan laporan, jenazah Allahyarham dari Kota Tinggi, Johor itu telah selamat diuruskan dengan kerjasaman baik kru Malaysia Airlines, pegawai Malaysia Airport Berhad dan polis KLIA.

Jenazah juga telah dihantar ke Hospital Serdang untuk tindakan selajutnya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading