Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JEREBU: SEMUA SEKOLAH, INSTITUSI PENDIDIKAN KPM DI SELANGOR DITUTUP MULAI JUMAAT

DALAM NEGARA

JEREBU: SEMUA SEKOLAH, INSTITUSI PENDIDIKAN KPM DI SELANGOR DITUTUP MULAI JUMAAT

Semua institusi pendidikan KPM di Selangor ditutup mulai 9 Oktober 2026 sehingga dimaklumkan semula susulan jerebu. PdPR dilaksanakan, manakala guru dan AKP bekerja dari rumah tertakluk kepada arahan semasa.

SELANGOR: Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Selangor akan ditutup sepenuhnya mulai Jumaat (9 Oktober) susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Wan Nor Ashikin Abu Kassim berkata, penutupan itu berkuat kuasa sehingga dimaklumkan semula oleh pihaknya, selaras dengan kenyataan media KPM bertarikh 8 Oktober 2026.

Menurut beliau, sepanjang tempoh penutupan, semua sekolah perlu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan proses pembelajaran murid dapat diteruskan.

“Guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa,” katanya dalam satu makluman pada Khamis.

Dalam pada itu, ibu bapa dan penjaga diminta sentiasa mengikuti perkembangan rasmi daripada JPN Selangor, khususnya berhubung tarikh pembukaan semula institusi pendidikan.

“Ibu bapa/penjaga juga dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian berkaitan pembukaan sekolah dan hanya merujuk kepada makluman rasmi JPN Selangor/KPM,” katanya.

Beliau turut meminta semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memastikan arahan penutupan disampaikan kepada seluruh warga pendidikan, murid serta ibu bapa di daerah masing-masing.

Pihak sekolah juga diingatkan supaya terus memantau keadaan semasa dengan mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading