JKMMS DIWUJUD SEMULA, MARTABATKAN INSTITUSI MAHKAMAH SYARIAH
Langkah itu diambil bagi mempertingkatkan serta memartabatkan sistem perundangan syariah secara holistik selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk mewujudkan semula Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) dan melantik 12 tokoh sebagai ahli jawatankuasa berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata langkah itu diambil bagi mempertingkatkan serta memartabatkan sistem perundangan syariah secara holistik selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata Tan Sri Othman Mustapha yang merupakan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa itu.
“Kerajaan amat yakin dengan kewibawaan serta pengalaman luas beliau dalam pentadbiran hal ehwal Islam akan membantu usaha kerajaan untuk memperkukuh institusi kehakiman syariah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Antara tokoh lain yang turut dilantik ialah Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz.
Idris berkata kerajaan yakin dengan kewibawaan mereka yang dilantik untuk berusaha, menjalankan kajian dan memberikan cadangan akan membawa kepada penambahbaikan serta transformasi institusi mahkamah syariah negara.
“Selamat menjalankan amanah ini dengan sepenuh hati demi agama, negara dan ummah. Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan pedoman dalam setiap tindakan yang dilaksanakan,” katanya.
Sebelum ini, dilaporkan JKMMS ditubuhkan pada Ogos 2017 setelah dipersetujui pada Mesyuarat Jemaah Menteri ketika itu.
Namun, jawatankuasa tersebut dihentikan apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager