JPJ PERIKSA LEBIH 12,000 KENDERAAN PADA HARI PERTAMA OP KHAS MOTOSIKAL
Sebanyak 1,405 kenderaan telah diambil tindakan termasuk 1,003 motosikal manakala 15 kenderaan lagi disita menerusi operasi yang dijalankan di seluruh negara selama dua bulan hingga Disember ini.
PASIR PUTEH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memeriksa sebanyak 12,296 kenderaan di seluruh negara pada hari pertama Op Khas Motosikal yang mula dilancarkan Jumaat lepas.
Pengarah Kanan Penguatkuasa Undang-Undang JPJ Muhammad Kifli Ma Hassan berkata daripada jumlah itu, sebanyak 6,756 motosikal dan 5,540 lain-lain kenderaan diperiksa.
Beliau berkata sebanyak 1,405 kenderaan telah diambil tindakan termasuk 1,003 motosikal manakala 15 kenderaan lagi disita menerusi operasi yang dijalankan di seluruh negara selama dua bulan hingga Disember ini.
“Op khas ini diadakan memandangkan statistik menunjukkan jumlah kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya semakin meningkat dengan 70 peratus kemalangan yang berlaku melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.
“Menerusi pemeriksaan yang dilakukan juga, kita mendapati lebih 50 peratus pengguna jalan raya adalah daripada golongan belia yang berusia antara 18 hingga 30 tahun dengan kesalahan yang dilakukan seperti tidak memiliki lesen memandu, tidak mempunyai cukai jalan serta insurans dan mengubah suai motosikal secara ekstrem,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Satu Kampung, Satu Pemimpin Santuni MADANI 2024 yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Makhzan Mahyuddin di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa, Selising di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Muhammad Kifli berkata sebanyak 2,500 anggotanya dikerahkan menerusi operasi khas berkenaan selain turut bekerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta bahagian trafik dan narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Menerusi operasi kali ini pihak kita akan bertindak lebih drastik dengan membuat saringan ujian air kencing kepada individu yang berkenaan semasa pemeriksaan dilakukan sama ada melalui sekatan jalan raya atau sebagainya terutama di lokasi yang kerap berlaku kemalangan.
“Malah, tindakan ini turut dilakukan kepada mana-mana pengguna jalan raya yang tiada lesen serta cukai jalan tamat tempoh dalam masa dua minggu selain motosikal yang melakukan pengubahsuaian secara ekstrem akan disita,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan Op Motosikal berkenaan dilaksanakan kononnya JPJ hanya ingin “mengutip” wang rakyat, Muhammad Kifli berkata perkara itu tidak benar memandangkan mereka mahu memastikan keselamatan pengguna.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager