JAKIM REKOD LEBIH 300,000 ADUAN KEKELUARGAAN, MASALAH AKHLAK TERTINGGI
Masalah akhlak atau sosial merupakan aduan tertinggi dengan 167,619 kes, diikuti oleh isu tidak bertanggungjawab, masalah komunikasi, kurang penghayatan agama, campur tangan pihak ketiga, serta pelbagai masalah lain seperti kesihatan, kewangan, dan perbezaan latar belakang.
PORT DICKSON: Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merekodkan sebanyak 378,815 kes aduan kekeluargaan bagi tempoh 2021 hingga 2023, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.
Beliau berkata masalah akhlak atau sosial merupakan aduan tertinggi dengan 167,619 kes, diikuti oleh isu tidak bertanggungjawab, masalah komunikasi, kurang penghayatan agama, campur tangan pihak ketiga, serta pelbagai masalah lain seperti kesihatan, kewangan, dan perbezaan latar belakang.
“Pelbagai aduan kita terima melalui banyak saluran. Di Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) kita ada KSK Care, iaitu talian bantuan untuk pasangan atau umat Islam yang menghadapi masalah dalam membina keluarga atau isu rumah tangga.
“Kita memberikan kaunseling secara dalam talian oleh kaunselor bertauliah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pascaperkahwinan Islam Peringkat JAKIM 2024 ‘Fasa Semarak Kasih’ selama tiga hari bermula Jumaat yang dihadiri 19 pasangan di sini hari ini.
Beliau berkata JAKIM melaksanakan pelbagai program untuk menangani konflik dan isu keruntuhan rumah tangga, serta meningkatkan usaha untuk mengurangkan kes perceraian dalam kalangan umat Islam melalui kursus pascaperkahwinan dan program berkaitan lainnya.
Sirajuddin berkata kursus tersebut dilaksanakan sebagai platform untuk membantu pasangan suami isteri menambah ilmu mengenai rumah tangga dan kekeluargaan, bagi mencapai kehidupan yang lebih harmoni dan bahagia, serta meningkatkan semangat dan prestasi kerja masing-masing.
Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan komitmen JAKIM dalam menangani masalah ajaran sesat di negara ini, yang melibatkan penguatkuasaan, dakwah, dan penyebaran maklumat sebenar mengenai penyelewengan ajaran akidah.
“Sekiranya terdapat maklumat mengenai ajaran sesat, tindakan segera akan diambil oleh pihak berkuasa agama negeri setelah mendapat keputusan daripada Jawatankuasa Fatwa negeri dan pandangan daripada jawatankuasa muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI),” katanya.
Beliau berkata perbincangan mengenai hukuman yang lebih berat untuk mereka yang mengembangkan ajaran yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah masih di peringkat jawatan kuasa, bertujuan untuk meningkatkan tindakan dan hukuman yang sewajarnya.
Sirajuddin menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ajaran yang diragui kebenarannya untuk memaklumkan kepada JAKIM atau jabatan agama Islam negeri agar tindakan sewajarnya dapat diambil.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager