Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JURUCAKAP BRIGED AL-QASSAM, ABU UBAIDAH DISAHKAN SYAHID

DALAM NEGARA

JURUCAKAP BRIGED AL-QASSAM, ABU UBAIDAH DISAHKAN SYAHID

Briged al-Qassam memaklumkan Abu Ubaidah telah terkorban dalam serangan Israel pada Ogos 2025.

KUALA LUMPUR: Jurucakap Briged al-Qassam, Abu Ubaidah atau nama sebenarnya Huzaifah Samir al-Kahlout, hari ini telah disahkan syahid dalam serangan rejim Zionis Israel.

Briged al-Qassam memaklumkan Abu Ubaidah telah terkorban dalam serangan Israel pada Ogos 2025.

Katanya, selain Abu Ubaidah, empat lagi anggota Briged al-Qassam turut syahid antaranya Komander Briged al-Qassam Wilayah Rafah Muhammad Shabana, Panglima Tertinggi Briged al-Qassam Muhammad Sinwar, Timbalan Panglima Tertinggi Briged al-Qassam Raeed Saad dan Pegawai Medan Briged al-Qassam Abu Omar Al Syrian.

Sebagai tanda penghormatan, Briged al-Qassam memutuskan untuk mengekalkan gelaran “Abu Ubaidah” kepada mana-mana jurucakap yang akan menggantikan tempat Huzaifah selepas ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaidah Disahkan Syahid – Manisfm

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top