JURURAWAT ADALAH WIRA, WIRAWATI NEGARA – PM

Last Updated on

KUALA LUMPUR: Pengorbanan yang dilakukan oleh jururawat ketika negara sedang berhadapan dengan wabak COVID-19 adalah suatu tindakan yang sangat terpuji, demikian menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menyifatkan jururawat sebagai wira dan wirawati negara, Muhyiddin dalam ucapan bersempena Hari Jururawat Sedunia hari ini menarik perhatian tidak ramai rakyat Malaysia yang memiliki kecekalan dan kesabaran seperti mereka untuk berhadapan dengan situasi kerja yang begitu mencabar dan berisiko tinggi.

“Setiap tahun pada hari ini, jururawat di seluruh dunia diraikan sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka dalam sektor kesihatan negara.

“Tetapi pada tahun ini, sambutan Hari Jururawat Sedunia menjadi lebih bermakna bukan sahaja buat Malaysia tetapi di seluruh dunia,” katanya dalam laman Facebook dan Twitter.

Beliau pada masa sama merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada para jururawat di seluruh negara terhadap usaha keras mereka selama ini.

Disambut pada 12 Mei setiap tahun, Hari Jururawat Sedunia pada tahun ini  bertemakan “A Voice to Lead : Nursing The World To Health”. — BERNAMA

Leave a Reply