Dua tahanan lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikesan sekitar 9.58 malam selepas bersembunyi kira-kira 18 jam di dalam kebun kelapa sawit, terletak kira-kira 2 Kilometer dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Dua orang etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap berjaya ditahan sepasukan anggota Polis D7 di Sungai Rembai Relau di sini kira-kira 9.58 malam tadi. Sumber Gambar: BERNAMA
BANDAR BAHARU: “Kami lari kerana semua rakan melarikan diri,” demikian alasan diberikan dua tahanan Rohingya yang diberkas sepasukan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) di jalan Sungai Rambai, Relau dekat sini, malam tadi.
Dua tahanan lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikesan sekitar 9.58 malam selepas bersembunyi kira-kira 18 jam di dalam kebun kelapa sawit, terletak kira-kira 2 Kilometer dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Mereka juga mendakwa tidak terlibat dengan kumpulan yang memecahkan pintu blok dan jeriji penghadang namun bertindak melarikan diri kerana ketakutan.
Kira-kira 10 anggota pasukan pencari bersama bahagian D7 bekerjasama mengesan dan menahan saki- baki etnik Rohingya di sekitar kawasan depot.
Terdahulu petugas media menerima maklumat terdapat empat tahanan Rohingya melarikan di kawasan bukit berhampiran depot tersebut.
Bagaimanapun, pencarian kira-kira sejam di kawasan semak dan berbukit itu gagal menemukan tahanan.
Sementara itu, seorang penduduk kampung Mohd Khairudin Othman, 28, mendakwa terserempak dengan empat etnik Rohingya yang meloloskan diri dari pusat tahanan berkenaan.
Mohd Khairudin yang bekerja di sebuah kelab kuda berkata ketika kejadian sekitar 8 malam itu, dia yang sedang melalui jalan di Lintang Relau Indah dekat sini dengan menaiki motosikal, secara tiba-tiba ditahan seorang etnik Rohingya.
Mohd Khairudin berkata sebaik didekati, seorang tahanan mengusap perutnya memberi isyarat sedang kelaparan manakala tiga lagi tahanan menyorok dalam semak.
“Saya bimbang dicederakan mereka dan terus melaporkan perkara itu kepada anggota Imigresen di Depot Tahanan yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi penemuan,” katanya.
Mohd Khairudin berharap saki-baki tahanan Rohingya itu dijumpai dengan segera kerana bimbang akan keselamatan diri dan penduduk kampung sekiranya mereka bertindak ganas.
Menerusi tinjauan Bernama setakat pukul 10.30 malam ini, pihak berkuasa masih mengawal ketat kawasan sekitar bukit selain turut dibantu penduduk kampung.
Dalam kejadian awal pagi hari ini, seramai 528 warga asing terdiri daripada etnik Rohingya yang merupakan tahanan di Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, melarikan diri dari depot tersebut.
Daripada 528 yang melarikan diri dari depot yang menempatkan 664 orang tahanan itu, seramai 357 telah dikesan semula termasuk enam yang maut selepas terlibat dalam kemalangan ketika melintas Lebuh raya PLUS di KM168 menghala selatan, berhampiran kawasan Jawi.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests