KANAK-KANAK 7 TAHUN CEDERA VAN SEKOLAH KEMALANGAN

Gambar Ihsan JBPM Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berumur 7 tahun cedera selepas van sekolah yang dinaiki terbabas dan melanggar penghadang jalan raya di Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Salmi Abdul Mukhti, kanak-kanak itu mengalami kecederaan dibahagian kepala manakala pemandu yang merupakan warga emas telah tersepit dibahagian tempat duduk pemandu.

“Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan pada jam 1.24 petang dan seterusnya menghantar jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pantai ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan 5 mangsa yang terdiri daripada 4 kanak-kanak dan 1 warga emas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemandu yang tersepit telah berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaysa (PPUM).

Operasi selesai sepenuhnya pada jam 2.02 petang. – AlHijrah Online

Leave a Reply