Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA SYARAT LENGKAP DOS VAKSIN UNTUK BANTUAN KHAS AIDILFITRI

DALAM NEGARA

TIADA SYARAT LENGKAP DOS VAKSIN UNTUK BANTUAN KHAS AIDILFITRI

KUALA LUMPUR: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 yang diumumkan oleh kerajaan pada 5 April lepas adalah untuk semua penjawat awam dan pesara yang layak, termasuk mereka yang tidak mendapat dos imunisasi COVID-19 lengkap.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) pada Mesyuarat Khas Penggal Kelima Majlis Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. — Bernama

KUALA LUMPUR: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 yang diumumkan oleh kerajaan pada 5 April lepas adalah untuk semua penjawat awam dan pesara yang layak, termasuk mereka yang tidak mendapat dos imunisasi COVID-19 lengkap.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan pengumuman beliau sebelum ini tidak pernah menyatakan sebarang pengecualian bayaran kepada mana-mana penjawat awam mengikut status vaksinasi.

“Ini bagi memastikan bahawa tidak ada penjawat awam atau pesara yang layak menerima bantuan ini daripada tercicir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah supaya membatalkan Perkara 6 (VI) dalam pekeliling Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 bertarikh 8 April 2022.

Bagaimanapun Ismail Sabri berkata perkara-perkara lain dalam pekeliling itu masih terpakai.

Pada 5 April lepas, Ismail Sabri mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri juga menyeru kepada seluruh Keluarga Malaysia untuk melengkapkan dos suntikan imunisasi COVID-19 demi kesejahteraan bersama meskipun ia tidak diwajibkan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Tiada Syarat Lengkap Dos Vaksin Untuk Terima Bantuan Khas Aidilfitri 2022 - PM -

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading