DIPLOMAT MALAYSIA KE UAE DIPANGGIL PULANG GAGAL URUS LAWATAN PM
PUTRAJAYA: Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai telah dipanggil pulang ke Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) kerana gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke UAE, akhir bulan lepas.
PUTRAJAYA: Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai telah dipanggil pulang ke Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) kerana gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke UAE, akhir bulan lepas.
Menurut kenyataan Wisma Putra pada Isnin, kegagalan itu menyebabkan Perdana Menteri terpaksa menunggu lama di ruang ketibaan biasa bagi urusan pelepasan pasport oleh Imigresen Dubai.
Selain itu, liputan dan kawalan keselamatan serta pergerakan motoked yang sepatutnya disediakan untuk Perdana Menteri seperti amalan Prosedur Operasi Tetap (SOP) biasa juga tidak ada.
Kedua-dua pegawai itu juga gagal memaklumkan kepada KLN di Putrajaya tentang penganjuran World Government Summit (WGS) dalam Kawasan Ekspo Dubai, dan sekiranya Wisma Putra dimaklumkan awal pastinya usaha akan dibuat supaya Perdana Menteri menyampaikan ucapan di program itu.
Pimpinan tertinggi Wisma Putra hanya mengetahui tentang WGS pada pagi 30 Mac melalui sumber lain, kata kenyataan itu lagi.
Bagaimanapun, Ismail Sabri menghadiri Majlis Penutup WGS pada hari yang sama apabila menerima undangan ke majlis itu selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Negara bagi Kerjasama Antarabangsa UAE Reem Ebrahim Al Hashimy.
Wisma Putra dalam kenyataan itu berkata kecelaruan itu tidak akan berlaku sekiranya penyelarasan dibuat lebih awal, lagipun Kerajaan UAE telah menyediakan semua kemudahan kepada Ismail Sabri sebagai Ketua Kerajaan sehingga ke akhir lawatan.
“Tindakan memanggil balik kedua-dua pegawai itu bukan sesuatu yang luar biasa dan dibuat melalui perundingan dengan pihak-pihak yang berkenaan, termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ia diambil bagi menjaga kepentingan hubungan bilateral di antara Malaysia dan negara-negara berkenaan, di samping bagi memastikan kompetensi dan kepentingan perkhidmatan awam,” kata kenyataan itu.
Walaupun apa pun, lawatan itu tetap berjaya mencapai objektif-objektif yang disasarkan, kata kenyataan itu lagi.
Semasa pulang Kerajaan UAE mengatur barisan kehormat statik di Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum bagi Perdana Menteri dengan negara itu diwakili oleh Menteri Negara bagi Kecerdasan Buatan (AI) dan Ekonomi Digital UAE, Omar bin Sultan Al Olama.
Semasa di lapangan terbang itu, Omar menyampaikan undangan Kerajaan UAE kepada Ismail Sabri untuk menyampaikan Ucap Utama di WGS akan datang (2023), dengan Perdana Menteri telah menyatakan persetujuannya menerima undangan itu.
Perdana Menteri telah mengadakan lawatan ke UAE dari 29-31 Mac lepas, sempena Ekspo 2020 Dubai dengan beliau menghadiri Majlis Penutup Pavilion Malaysia dan Majlis Apresiasi bagi Pegawai dan Staf Pavilion Malaysia di Ekspo berkenaan.
Ismail Sabri juga juga menghadiri Majlis Pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman antara syarikat-syarikat Malaysia dan syarikat-syarikat antarabangsa sempena Ekspo 2020 Dubai.
Semasa lawatan itu Perdana Menteri juga telah mengadakan perjumpaan dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Sementara itu, kenyataan sama menyebut Wisma Putra juga kesal dengan laporan portal berita Free Malaysia Today berhubung dua diplomat itu dipanggil balik yang disiarkannya pada Ahad.
Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan kandungan laporan itu, jelas sekali sumber-sumber yang dirujuk atau dipetik bukannya datang daripada pegawai atau pihak yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan urusan lawatan itu. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager