Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT WARGA EMAS REPUT DITEMUI DALAM KEBUN

DALAM NEGARA

MAYAT WARGA EMAS REPUT DITEMUI DALAM KEBUN

Mayat seorang lelaki warga emas yang telah reput ditemukan dalam kawasan kebun jambu berdekatan Taman Kaya, di sini, Khamis lalu.

TAIPING: Mayat seorang lelaki warga emas yang telah reput ditemukan dalam kawasan kebun jambu berdekatan Taman Kaya, di sini, Khamis lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat, penemuan mayat dikenali sebagai Lee Chong Tick yang berusia 62 tahun itu dimaklumkan orang awam kira-kira jam 6.45 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Polis Simpang telah bergerak ke lokasi kejadian dan mayat lelaki berbangsa Cina itu ditemui dalam keadaan terlentang dan reput.

“Pihak polis telah membuat pemeriksaan ke atas si mati dan mendapati tiada sebarang tanda berunsur jenayah pada tubuh si mati.

“Semasa mengalihkan tubuh si mati, didapati keadaan tulang berselerak,” katanya.

Ujarnya saksi kejadian memaklumkan mangsa berkemungkinan ingin memanjat pagar untuk masuk ke dalam kebunnya.

Osman berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping untuk membuat ujian COVID-19 sebelum bedah siasat yang dijadualkan hari ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading