PROGRAM MUSA’ADAH: LEBIH RM5.07 JUTA DIAGIHKAN PADA FEBRUARI, MAC

Gambar Arkib / Bernama

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM5,076,771.70 peruntukan telah diagihkan oleh agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan kepada individu, keluarga, masyarakat termasuklah institusi-institusi terpilih di seluruh negara sepanjang Februari dan Mac 2022.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata agihan itu dilaksanakan menerusi Program Musa’adah yang digerakkan agensi di bawah kementeriannya.

“Insya-Allah kami di agensi hal ehwal Islam terus istiqamah melaksanakan tanggungjawab dakwah, kebajikan, pendidikan, kelestarian sosial, serta pembangunan sosio-ekonomi ummah.

“Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia.Kami akan sentiasa laporkan usaha-usaha yang dilaksanakan agensi hal ehwal Islam,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Antara program yang dilaksanakan sepanjang tempoh dua bulan tersebut ialah sumbangan tablet kepada pelajar, bantuan banjir kepada mangsa di Lembah Klang, Kelantan dan Terengganu, penyampaian bantuan Al-Quds kepada Nadir Al-Nuri, dan pelancaran portal Redi2Pay (Ejen Kutipan Wakaf Zakaf). – AlHijrah Online

Leave a Reply