Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KANAK-KANAK AUTISTIK MENINGGAL DUNIA TERJATUH DARI TINGKAT 13

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK AUTISTIK MENINGGAL DUNIA TERJATUH DARI TINGKAT 13

Ibu mangsa, Nor Azera Ismail, 36, berkata dia sudah berasa tidak sedap hati sejak awal berada di penginapan tersebut sehingga membuat keputusan untuk berpindah ke lokasi lain pada pagi kejadian, namun tidak kesampaian.

KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang ibu untuk menukar tempat penginapan demi keselamatan anaknya tidak kesampaian apabila anak perempuannya, Nur Muazzah Aisyah Mubi, 7, maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 Pangsapuri Ladang Tok Pelam, pagi tadi.

Ibu mangsa, Nor Azera Ismail, 36, berkata dia sudah berasa tidak sedap hati sejak awal berada di penginapan tersebut sehingga membuat keputusan untuk berpindah ke lokasi lain pada pagi kejadian.

Kebimbangan itu timbul selepas dia mendapati tingkap bilik tidak berkunci dan tidak mempunyai jeriji besi. Tambahan pula, mangsa yang juga kanak-kanak autistik dilihat bermain berhampiran tingkap tersebut pada tengah malam sebelum kejadian.

Risau akan keselamatan anaknya, Nor Azera mengambil langkah berwaspada dengan menggunakan reben bunga telur untuk mengikat tangan anaknya bersama tangannya sendiri ketika tidur bagi mengelakkan kanak-kanak itu bergerak ke arah tingkap.

“Saya cari tali untuk ikat dialah. Jadi saya tak jumpa apa-apa, saya jumpa bunga telur yang ada dekat atas almari tu. Saya ambil riben dia, saya ikat di tangan dia dan di tangan saya. Saya tidur macam tu walaupun masih tak sedap hati”.

Azeera bersama suaminya, Mubi Mat Husin, 38,  serta anak-anak berada di Terengganu bagi menghadiri satu seminar sebelum merancang untuk pulang ke Kelantan pada pagi Ahad.

Saya kata saya nak telefon tuan rumah nak tukar bilik, tapi dah pukul 12 lebih malam. Lepas tu saya kata sabar, nak tunggu sampai pagi esok untuk keluar,” katanya.

Pada pagi kejadian, Nor Azera menyangka anaknya masih tidur ketika dia sedang bersiap-siap untuk mendaftar keluar (check-out) dari penginapan berkenaan.

Bagaimanapun, dia dikejutkan dengan ketukan kuat di pintu sebelum dimaklumkan bahawa seorang kanak-kanak telah terjatuh. Apabila melihat ke luar menerusi tingkap, dia mendapati kanak-kanak tersebut adalah anak perempuannya.

Jenazah kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lepah, Selising, Pasir Puteh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti punca sebenar insiden tersebut.– AlhijrahOnline

 


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading