Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK LAPAN TAHUN LEMAS DI PANTAI TAPING

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK LAPAN TAHUN LEMAS DI PANTAI TAPING

CHUKAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas dipercayai selepas bermain di Pantai Taping, Kemasek, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata pihaknya menerima laporan orang awam pada 5.21 petang, yang memaklumkan mangsa Muhammad Ammar Azwan Azani telah dihanyutkan ombak ketika bermain bersama rakannya di kawasan pantai berkenaan.

“Anggota dari Balai Polis Ayer Jernih dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

“Mayat mangsa bagaimanapun ditemukan orang awam kira-kira setengah jam selepas kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Hanyan berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa mengawasi anak-anak daripada melakukan aktiviti air, kerana musim Monsun Timur Laut (MTL) sudah pun bermula.

Beliau berkata tinjauan pihaknya di kawasan pantai juga mendapati ombak semakin tinggi dan berbahaya kepada sebarang aktiviti rekreasi.

“Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) telah mengeluarkan amaran bahawa MTL telah pun bermula. 

“Jadi saya minta ibu bapa tolong pantau aktiviti anak-anak terutama pada musim cuti sekolah seperti sekarang kerana mereka lebih bebas dan ada banyak masa bermain di luar,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading