MALAYSIA TIDAK MAHU OIC SEKADAR KELUARKAN KENYATAAN MENGUTUK SEMATA-MATA – ZAMBRY
Malaysia tidak mahu mesyuarat dan pertemuan-pertemuan dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkenaan Palestin hanya sekadar berakhir dengan kenyataan mengutuk semata-mata tanpa mengemukakan sebarang langkah konkrit untuk bergerak ke hadapan.
RIYADH: Malaysia tidak mahu mesyuarat dan pertemuan-pertemuan dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkenaan Palestin hanya sekadar berakhir dengan kenyataan mengutuk semata-mata tanpa mengemukakan sebarang langkah konkrit untuk bergerak ke hadapan.
Sebaliknya, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata perlu ada penegasan daripada negara-negara anggota OIC supaya gencatan senjata disegerakan dan pembunuhan yang sedang berlaku di Palestin ketika ini dihentikan.
“Kita tidak mahu mesyuarat, pertemuan demi pertemuan (OIC), tetapi ia tidak memberikan apa-apa impak, tidak menghasilkan apa-apa.
“Perlu ada penegasan, ada langkah-langkah ke hadapan daripada negara-negara anggota untuk menyegerakan proses gencatan senjata, untuk segera dihentikan serangan dan pembunuhan kejam oleh rejim (Israel) yang tidak berperikemanusiaan ini,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini.
Sebelum itu beliau telah menghadiri mesyuarat menteri-menteri luar OIC bersempena dengan Sidang Kemuncak Tergempar OIC kali kelapan yang akan berlangsung hari ini di ibu negara Arab Saudi itu.
Sidang kemuncak tergempar itu akan membincangkan kekejaman dan serangan berterusan yang tidak berperikemanusiaan oleh rejim Israel terhadap Palestin.
Dihoskan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman, sidang kemuncak itu akan turut dihadiri oleh pemimpin dan wakil negara anggota OIC.
Sidang kemuncak tergempar itu adalah hasil kerjasama utuh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin OIC.
Perdana Menteri dijangka tiba di Riyadh hari ini bagi menghadiri sidang kemuncak tergempar itu, dan beliau dijangka menyuarakan ketegasan pendirian Malaysia berkenaan isu Palestin yang telah berlarutan sejak sekian lama.
“Apa yang perlu ada ialah, langkah segera untuk menamatkan peperangan ini. Kita tidak boleh membiarkan pembunuhan kejam dilakukan, kanak-kanak, wanita dan orang awam dibunuh dengan kejam atas nama hak mereka (Israel) untuk self-defence,” kata Zambry.
Beliau berkata sidang kemuncak tergempar OIC hari ini akan didahului dengan Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab.
Zambry berkata satu kenyataan bersama akan dikeluarkan pada akhir kedua-dua sidang kemuncak itu, yang diharap dapat memberikan impak besar.
Ini katanya adalah kerana Malaysia mahu tindakan yang benar-benar konkrit untuk menyelesaikan masalah rakyat Palestin, bukan sahaja di Gaza tetapi juga di Tebing Barat yang mula diserang oleh rejim Israel.
Serangan berterusan tanpa henti rejim Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza sejak kira-kira sebulan yang lepas telah membunuh lebih 11,000 orang, dengan sebahagian besar daripada yang terbunuh itu adalah penduduk awam terutamanya wanita dan kanak-kanak. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests