Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK LELAKI MAUT DIREMPUH MPV

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK LELAKI MAUT DIREMPUH MPV

Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas basikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika cuba melintas jalan di Lorong 14 Kampung Padang Jaya 2, petang semalam.

Sumber Gambar: Polis Trafik Kuantan

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas basikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika cuba melintas jalan di Lorong 14 Kampung Padang Jaya 2, petang semalam.

Kejadian berlaku pada jam 6.45 petang melibatkan mangsa, Muhammad Azzim Imni Mohd Faizal yang berusia 8 tahun.

Mangsa meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kemalangan berlaku ketika MPV dipandu wanita itu menuju ke Jalan Kampung Padang Jaya 8 untuk ke Sungai Lembing.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki basikal dipercayai secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan untuk pulang ke rumahnya di Lorong Kampung Padang Jaya 15.

“Disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu MPV tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa,” kata Wan Mohd Zahari.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.

Manakala pemandu MPV yang juga seorang wanita berusia 33 tahun tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading