GARIS PANDUAN AKTIVITI HIBURAN DI IPT: PENGLIBATAN MPP PENUHI ASPIRASI MAHASISWA
Penglibatan Majlis Perwakilan Pelajar dan Kesatuan Mahasiswa (MPP/KM) dalam proses merangka garis panduan bagi menjalankan aktiviti hiburan (konsert) di institusi pengajian tinggi (IPT) dapat memastikan ia memenuhi aspirasi mahasiswa serta mengikut kesesuaian di IPT masing-masing.
KUALA LUMPUR: Penglibatan Majlis Perwakilan Pelajar dan Kesatuan Mahasiswa (MPP/KM) dalam proses merangka garis panduan bagi menjalankan aktiviti hiburan (konsert) di institusi pengajian tinggi (IPT) dapat memastikan ia memenuhi aspirasi mahasiswa serta mengikut kesesuaian di IPT masing-masing.
Yang Dipertua MPP Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Muhammad Farid Zainal berkata barisan MPP UMK menyambut baik keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan autonomi kepada mahasiswa dan pihak universiti bagi merangka bersama garis panduan tersebut, sekali gus membuka lebih ruang dan pendedahan kepada mahasiswa untuk belajar memimpin dan mengawal situasi.
“Kadang-kadang apabila mahasiswa berurusan dengan mahasiswa, perkara itu lebih mudah difahami dan diselesaikan,” katanya kepada Bernama di sini.
Susulan itu, Muhammad Farid berkata pihaknya dan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) telah bersepakat dan bercadang agar universiti itu merangka garis panduan berdasarkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 negeri Kelantan dan draf garis panduan yang diberikan KPT bagi menjalankan sebarang aktiviti hiburan melibatkan mahasiswa.
“Ini kerana kami berpendapat sebarang bentuk aktiviti hiburan perlulah mengikut piawaian atau garis panduan yang telah ditetapkan mengikut lokaliti sesebuah institusi tersebut. Kami tidak pernah menghalang mahasiswa UMK dalam menganjurkan program berbentuk hiburan asalkan mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan.
“Pihak kami mengambil serius akan perkara ini agar dapat menjamin aktiviti hiburan melibatkan rakan mahasiswa adalah mengikut peraturan, terkawal dan tidak mencemarkan nama baik universiti,” katanya.
Dalam pada itu, TNC HEPA Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Al-Khalid Othman berkata pihaknya dan MPP akan bekerjasama dalam merangka garis panduan aktiviti hiburan universiti selari dengan Garis Panduan Penganjuran Konsert peringkat Negeri Sarawak.
Beliau berkata satu sesi libat urus bersama wakil MPP dan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar UNIMAS yang dipengerusikannya telah diadakan pada Selasa lepas bagi mendapat pandangan berkenaan cadangan pembangunan garis panduan tersebut.
“Penglibatan MPP/KM dalam proses merangka dan menyediakan garis panduan bagi menjalankan aktiviti hiburan di IPT membuka ruang dalam mempertimbangkan hak anak-anak seni untuk menjalankan aktiviti kesenian dan kebudayaan terutamanya yang berbentuk konsert.
“Ini juga demi memastikan usaha mengembangkan bakat dan memperkasakan mahasiswa diteruskan agar institusi IPT negara dapat melahirkan graduan yang berkualiti,” katanya.
Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dalam kenyataan pada Selasa menyebut MPP/KM perlu dilibatkan dalam proses merangka dan menyediakan garis panduan menjalankan aktiviti hiburan (konsert) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Menurut JPT arahan kepada semua pengurusan IPT di bawah KPT itu dibuat bagi memastikan suara dan keperluan mahasiswa serta kesesuaian di setiap IPT dan lokaliti diambil kira sebelum ia diguna pakai secara rasmi di peringkat IPT masing-masing.
Arahan terbabit adalah selaras pengumuman Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin baru-baru ini supaya garis panduan menjalankan aktiviti hiburan di IPT perlu dirangka dan disediakan oleh IPT melalui pembabitan MPP/KM.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager