Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA INDIVIDU RENTUNG KERETA BERTEMBUNG LORI KONTENA

DALAM NEGARA

DUA INDIVIDU RENTUNG KERETA BERTEMBUNG LORI KONTENA

Dua individu rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori kontena di Jalan Kuala Garing, Rawang, awal pagi tadi.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Dua individu rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori kontena di Jalan Kuala Garing, Rawang dekat sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 3.53 pagi.

Beliau berkata setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati dua mangsa yang rentung melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita tempatan masing-masing berusia 26 dan 23 tahun.

“Kebakaran itu melibatkan kereta jenis Honda City yang terbakar 70 peratus manakala lori kontena terbakar 50 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata pemandu lori kontena itu selamat selepas sempat keluar dari kenderaan tersebut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading