KANAK-KANAK PEREMPUAN 7 TAHUN MAUT TERPERANGKAP DALAM RUMAH TERBAKAR
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran melibatkan tiga buah rumah di Jalan Paya Terubong, Kampung Pisang, Air Itam di sini malam tadi.
GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran melibatkan tiga buah rumah di Jalan Paya Terubong, Kampung Pisang, Air Itam di sini malam tadi.
Mangsa, G Sri Laavanya ditemui rentung sementara neneknya yang berusia 50 tahun cedera di bahagian tangan.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang, Zulfahmi Sutaji berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 11.19 malam sebelum mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian.
“Ketika tiba di tempat kejadian, api marak membakar tiga rumah kampung yang berkedudukan rapat antara satu sama lain.
“Berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak itu terperangkap dalam rumah berkenaan dan api berjaya dikawal pada 12.45 tengah malam.
“Pasukan bomba menghadapi kesukaran berikutan tiada laluan masuk bagi jentera ke lokasi selain perlu menggunakan hos sejauh 150 meter dari jalan utama ke kawasan kejadian,” katanya seperti dilapor media tempatan.
Tambahnya kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan mengiring dan rentung sepenuhnya kira-kira lapan meter dari pintu utama rumah berkenaan.
Mangsa dipercayai terperangkap di bilik tidur berdasarkan terdapat katil berhampiran.
“Kanak-kanak itu dipercayai panik dan dalam keadaan asap tebal, mangsa mungkin cuba lari sama ada ke bilik air atau ke jalan keluar berhampiran, namun siasatan lanjut akan menentukan puncanya,” katanya.
Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan dan mayat kanak-kanak itu diserah kepada polis sebelum dihantar ke hospital yang sama untuk dibedah siasat.
“Punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan dan operasi tamat pada jam 1.23 pagi,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked