Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK PEREMPUAN LEMAS MANDI KOLAM

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK PEREMPUAN LEMAS MANDI KOLAM

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut akibat lemas ketika mandi di kolam renang bersama ahli keluarganya di sebuah taman tema di Banting, hari ini.

BANTING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut akibat lemas ketika mandi di kolam renang bersama ahli keluarganya di sebuah taman tema di Banting, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.38 pagi sebelum menghantar anggotanya ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kanak-kanak perempuan itu sudah dikeluarkan orang awam dan tidak sedarkan diri

“Mangsa dibawa pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) ke Hospital Banting bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Mohamadul Ehsan memaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading