KEBAKARAN ITTIFAQIYAH: REMAJA LELAKI BERSALAH BUNUH 23 INDIVIDU

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah hari ini memutuskan seorang remaja lelaki bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, Kuala Lumpur hampir tiga tahun lalu.

Lapor Bernama, Azman mendapati remaja itu gagal timbulkan keraguan munasabah dalam pembelaan yang menafikan dia masuk ke dalam pagar pusat tahfiz itu.

Mahkamah memerintahkan remaja lelaki itu ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Ikuti laporan yang disiarkan Berita Alhijrah. — AlHijrah Online

Leave a Reply